Monday, February 16, 2009

TETAPI....AMALAN MU TERBALIK




'TETAPI…..JANGAN SAMPAI TERSENJA MEMBIARKAN AMALANMU TERBALIK

'Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan di tuntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah di lalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang di paparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang di lakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya). Di dalamnya terkandung pengisian dengan bacaan ayat-ayat suci dan doa untuk si mati.

Tetapi.. amalan ini adalah terbalik dari apa yang di anjurkan olehRasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah di timpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang di tinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum di bahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang di beri semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak di kepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi.. kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk di beri makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantikkemas dan segak

Tetapi... bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan apa yang di hidangkan kerana rasa segan dan malu,

Tetapi... yang di tuntut di banyakkan makan dan di habiskan apayang di hidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin.

Tetapi... kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasariak.6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yangberlebihan.

Tetapi... kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalankita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah.

Tetapi.. apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka di buat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka di buat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?


8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.

Tetapi.. kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup di bayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir

Tetapi... kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagipetang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi keranahendak mematuhi peraturan kerja.

Tetapi.. ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah di minta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias.

Tetapi... kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Tetapi..Jangan bimbang...Insyallah kita bisa memperbetukkan kesilapan kita.








Friday, February 13, 2009

HERO KITA DI PERANTAUAN

(Kawan lama bertemu kembali)

(Sik perlu di kena - siapa kami)


Kamek sempat bersama ngan Lapok selama 2 ari sebelum nya berangkat pulang ke Germany pada 24hb Disember 2008. Yang bestnya Lapok bukan lah seorang insan yang kamek pernah kenal masa nya di los dolok tetapi ternyata beliau adalah seorang insan yang penuh dengan keistimewaan.



Kehadiran Lapok sangat memeranjatkan perasaan kamek kerana pada selesai memberi salam solat subuh 22hb Disember 2008, di masjid Darul Ehsan Piasau Jaya, di waktu kamek berwirid kamek tertoleh ke kanan jamaah dan jauh di sukut kamek ternampak se susuk tubuh yang berjubah serba putih yang membuat kamek mengusok mata kamek duak tiga kali macam sik percayak bahawa yang kamek tanggar adalah insan yang popular di gelar Lapok yang telah lamak nar menghilangkan diri di perantauan - Germany. Kamek terus bungkas lalu mendekati beliau, kamek bersalaman dan dengan perasaan gembira dan terharu..kamek telah di temukan di pagi subuh di rumah Allah SWT setelah sekian lama berpisah. Setelah selesai wirid kamek ngajaknya pergi ke rumah kamek lalu kak ia pergi ke town pekena teh tarek dan roti canai kat restoren Bismillah yang kebetulan baruk ajak di bukak dan tengan ngator kerusi-kerusi.



Dalam perbualan kamek...ternyata Lapok udah bertukar 360 Degree dalam banyak hal dan yang sangat-sangat membanggakan kamek..kebanyakan kata-kata yang keluar dari mulutnya mengambarkan ketakwaan nya kepada Illahi.....Dan yang masih bernaung di telinga sehingga hari tok adalah kata-kata hikmah bagi kamek....."Istigfar banyak2, cukup udah Ji...banyak udah kita kerja dolok"

Bagi kamek Lapok istimewa kerana beliau telah berjaya di dalam karier nya selaku seorang pelukis terkenal di Germany dan yang paling istimewa beliau sik hanyut di embak arus kebudayaan dan pengaruh barat walaupun beliau hidup di dalam negara asing.


Syabas brother Lapok...semuga kitak terus cekal manjadi insan yang mulia di sisi Allah SWT, Amin.
















TAKZIAH, IBU SALEM HJ.ANAI TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

Al-Fatihah, Innalillahi wainnallillahi rojiuun..adalah dimaklumkan kepada semua nembiak los bahawa ibu kepada sahabat kita sekampung Sdr. Salem Hj.Anai telah kembali ke Rahmatullah awal pagi ini, Jumaat 13hb February 2009. Marilah kita sama-sama bersedekah surah Al-Fatihah kepada ibundanya dengan iringan doa semoga roh nya di cucuri rahmat dan di ampuni segala dosanya serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah yang mendahului kita, Amin.