"Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Tuan Haji, besar juak hikmah baca bismillah tok . terima kasih for sharing this article. satu pengajaran yg baik buat sesiapa yg sabar, benarlah kemenangan itu ada dalam kesabaran n kesabaran itu adalah kunci kebahagiaan. Semuga the blessing of Allah be with you n family always. Salam to Isteri ktak , Salmah n adiknya.Assalamualaikum.
ReplyDeleteOh lupak, U did comment ngn Hj Abu lam my blog.sbnarnya Hj Abu ngembak twins nya.Nya kirim slm, slalu travellingnya.Nya sik pat main bol gik,operatn sana sini. Jogging jak nya.Our family ngamal poligami, so beside me lam pic in my blog ya is Wife no 2 nya and twins ya anak2 madu Kamek.
ReplyDeleteRediah, alhamdulillah...sekurang2nya kitak dah nrima sigek ilmu.. Nok nama bismillah tok walo pun simple, tapi kebanyakan kita tok..nisik maok ngamalnya..dedek doa2 nok panjang2 berantei2 ia...kus semengat. For example..cayak sik kitak..kebanyakan orang kita tok bila time makan ngan minum..sikda nok noleh2 kerek kanan gik..alu ngap..sampei kenyang, kak ia..serdak. bismilah dan alhamdulillah entah ke sinea.
ReplyDeleteKamek kagum ngan kitak...sik banyak sidak pempuan tok maok di poligami. Tapi kamek nampak kitak tok macam ok jak...ialah namanya satu keniknatan hidup bila kita tabah menghadapi cabaran. Sigek agi pesan kamek...Kita seharusnya pasrah dengan taqdir, qada dan qadar dan segala ketentuan Allah SWT.
Sampeikan salam kamek ngan Hj.Abu dan tahniah kerana mendapat twins yang comel-comel belaka.
Wassalam